Roketkini.com  
Ikuti kami di Facebook dan Twitter.  RSS
 
    

   

Perhimpunan Bersih 3.0 Aman dan Ceria

28 April 2012

Gambar ehsan @NickChengCheng.

Kuala Lumpur 28 Apr – Perhimpunan aman menuntut pilihanraya yang adil dan bersih hari ini bermula dengan acara yang ceria apabila kelihatan seorang anggota keselamatan, Inspektor Yap, menerima bunga berwarna kuning daripada peserta perhimpunan sambil diperhatikan dengan senyuman oleh rakan-rakannya yang sedang membuat benteng polis di Jalan Sultan.

Setakat jam 1 tengah hari, peserta duduk dan bantah Bersih 3.0 telah membanjiri ibu kota dari segenap pelosok termasuk dari Masjid Jamek dan Jalan Tun Perak, serta kebanjiran manusia yang sedang berarak dari KLCC setelah selesai Himpunan Hijau yang berlangsung di sana.

Namun begitu terdapat laporan bahawa pihak keselamatan telah bersiap sedia dengan meriam air dan alat bunyi nada tinggi untuk menyuraikan demonstran yang semakin bertambah sejak lewat malam semalam.

Pada waktu yang sama, perhimpunan Bersih sedang turut berlangsung di kota-kota di Australia, New Zealand dan Jepun di samping perhimpunan lokal di Kota Kinabalu Sabah. – Roketkini

Print Friendly

 

 

RENCANA

   
   
   

BERITA

   
   
   

WAWANCARA

   
   
   

SENI-BUDAYA

   
   
   

 

 
Roketkini.com
MENGENAI KAMI
HUBUNGI KAMI
DASAR PRIVASI
 
Roketkini.com © Copyright Protected.