Roketkini.com  
Ikuti kami di Facebook dan Twitter.  RSS
 
    

   

“Ulang tayang drama” lakonan UMNO bermula

29 November 2012

KUALA LUMPUR, 29 NOVEMBER: Mainan politik pembohongan, putar belit dan momokan terbukti merupakan strategi UMNO-BN menyebar dakyah  kebencian di kalangan rakyat pelbagai kaum demi meraih sokongan.

Ketika merasmikan Persidangan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO semalam, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin berkata bahawa cita-cita PAS menjadikan Malaysia Negara Islam ibarat “bermimpi di siang hari”.

Paling melucukan pada masa yang sama, Presiden MCA, Chua Soi Lek pula mendakwa PAS akan melaksanakan agenda negara Islamnya jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 untuk menakutkan masyarakat bukan Islam.

Menyifatkan ucapan pemimpin BN itu sebagai lakonan semula ‘drama’ yang diulang tayang pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam nada menyindir menyoal siapa sebenarnya yang berbohong?

“Pada penghujung Perhimpunan Agung UMNO ke-65, Disember tahun lalu, saya lontarkan persoalan, “Siapa berbohong; Najib, Muhyiddin atau Soi Lek? Atau ketiga-tiganya sekali?.

“Ini mengesahkan pandangan saya bahawa PR mengamalkan politik “Bersatu dan Perintah” manakala tradisi “Pecah dan Perintah” pula diamalkan UMNO-BN sejak sekian lamanya.” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.-Roketkini.com

 

Print Friendly

 

 

RENCANA

   
   
   

BERITA

   
   
   

WAWANCARA

   
   
   

SENI-BUDAYA

   
   
   

 

 
Roketkini.com
MENGENAI KAMI
HUBUNGI KAMI
DASAR PRIVASI
 
Roketkini.com © Copyright Protected.