Berita

Rakyat Perlis nantikan perubahan, sudi terima DAP dan Pakatan

PADANG BESAR, 21 MAC: Kerjasama pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat yang semakin akrab telah menawan hati rakyat yang selama ini dibuai propaganda bohong UMNO-Barisan Nasional yang menguasai akhbar, tv dan radio.

Suasana kemesraan, termasuk di antara pimpinan dan anggota PAS serta DAP, yang terjalin semakin terserlah di mana-mana pelusuk kampung dan pekan, termasuk di Perlis.

Selain kerjasama pucuk pimpinan PR negeri Indera Kayangan, pemimpin peringkat pertengahan dan akar umbi turut menjalankan program dan aktiviti bersama yang juga dapat merapatkan hubungan antara kaum.

Baru-baru ini,  Pengerusi DAP Perlis, Teh Seng Chuan dan Timbalan Setiausaha Publisiti DAP Perlis, Ooi Ching Wen bersama Ketua Urusan Ulamak PAS Padang Besar Ustaz Azamhari Mohamood telah turun padang untuk bertemu, mendengar dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat tempatan.

Mereka telah bertanding ke banyak kawasan termasuk Kampung Kolam, Padang Besar, Pekan Padang Besar, Jalan Besar, Felda Rimba Mas, Titi Tinggi dan Felda Lubuk Sireh.

Menurut Teh, penduduk tempatan menerima DAP dan PAS dengan baik apabila mengalu-alukan kedatangan mereka.

“Rakyat sedar bahawa PR akan membawa perubahan yang mereka harapkan. Mereka juga tahu  PR berazam untuk  menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk di Padang Besar apabila mendapat mandat sebagai kerajaan.

“Rakyat perlu memilih PR kerana kerajaan Barisan Nasional telah gagal menyelesaikan masalah mereka,” katanya. – Roketkini.com