Berita

Pelancaran laman web UBAH: Dermalah untuk Selamatkan Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 JAN – DAP memulakan langkah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan melancarkan kempen dana PRU ke-13 hari ini. Laman web Ubah.MY adalah laman rasmi DAP untuk mengumpul dana bagi menggempur jentera Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang.
Fokus diberikan kepada kempen di Sarawak dan Sabah berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung.
“Sarawak lebih memerlukan dana memandangkan keadaan fizikalnya yang jauh lebih mendesak,” kata Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, selepas melancarkan laman web tersebut di ibu pejabat DAP di sini.
Menurut beliau rekod pencapaian negeri-negeri Pakatan Rakyat sepanjang empat tahun lalu telah memperlihatkan kecemerlangan berbanding tadbiran BN. Oleh yang demikian, katanya, adalah penting bagi DAP dan Pakatan Rakyat mendepani PRU13 dengan lebih bersedia dalam rangka menumbangkan rejim pimpinan UMNO itu.
Hadir bersama adalah Timbalan Setiausaha Agung DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang juga Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP. Turut hadir ialah Naib Pengerusi DAP Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching.
Orang ramai yang ingin memberi sumbangan ikhlas boleh melayari laman web itu di http://Ubah.my atau memilih untuk menyumbang secara terus ke akaun DAP di mana-mana cawangan Public Bank Berhad, dengan menggunakan nombor akaun 306 382 8309.
Orang ramai juga boleh menderma dengan menghantar cek atas nama “DAP MALAYSIA” kepada: DAP MALAYSIA, Ibu Pejabat Kebangsaan, Jalan Yew (off Jalan Pudu), 55100 Kuala Lumpur. – Roketkini.com